PENAFIAN

Blog ini membincangkan secara umum isu-isu berkaitan dengan sistem perundangan tentera. apa juga yangterkandung di dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis berkaitan sesuatu isu dan TIDAK BOLEH dijadikan sebagai satu rujukan yang sah (AUTHORITY) di dalam apa juga prosiding perundangan

Saturday, 5 February 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Setiap  anggota   tentera  seharusnya    mempunyai pengetahuan yang mendalam  di dalam perjalanan dan perlaksanaan sistem perundangan tentera.   Malangnya ramai di kalangan anggota di peringkat LLP di dalam ATM pada hari ini boleh dikatakan tidak memahami dengan sepenuhnya tentang sistem perundangan yang diamalkan. Akibatnya ramai yang merasa diri mereka teraniaya apabila mereka dikenakan dengan tindakan-tindakan tertentu yang berasaskan sistem perundangan yang ada.

Sementara itu  dari pengalaman saya berkhidmat selama hampir 27 tahun di dalam ATM dan hampir 7 tahun menjadi Pegawai Perundangan yang mengendalikan hal-hal perundangan yang berkaitan tentera, saya dapati masih ramai di kalangan Pegawai yang tidak begitu mahir dan berpengetahuan di dalam hal-hal perundangan tentera. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, kerana sebagai Pegawai di dalam ATM, mereka seharusnya mempunyai pengetahuan yang cukup dalam segi perundangan tentera, kerana mereka adalah pelaksana dan yang menguatkuasakan peruntukkan perundangan yang sedia ada. Kegagalan mereka melaksanakan amanat yang telah dipertanggungjawabkan akan mengakibatkan ada mangsa yang akan teraniaya.

Justeru itu saya merasakan adalah wajar blog  seperti ini diadakan bagi memberi ruang kepada semua warga ATM untuk berbincang dan mengetahui lebih mendalam tentang sistem perundangan yang diamalkan di dalam ATM. Saya bukan seorang yang boleh dianggap pakar di hal-hal perundangan tentera, walau bagaimanapun dengan pengalaman saya yang ada ini saya rasakan sekurang-kurangnya dapat membantu warga tentera untuk memahami sistem perundangan secara asas.

Saya juga tidak berniat untuk menjadikan blog ini sebagai wadah untuk  menghentam atau mencari kesalahan terhadap pelaksanaan undang-undang di dalam ATM sama ada sebelum ini atau di masa hadapan, tetapi ia lebih kepada untuk mencari kebaikan bagi memperbetulkan sebarang kesilapan (jika ada) dan juga untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan sistem perundangan tentera kepada semua warga ATM.

Semoga kita sama-sama menjadikan blog ini sebagai satu sumber yang dapat memberi manfaat kepada mana-mana individu yang ingin menambah pengetahuan berkaitan dengan sistem perundangan tentera.

SEKIAN. WASSALAM...